Gambar atas ni pulak, kitorang panggil "Monkey Rack". Kalau tak silap la. Aktiviti ni nak test kita punya kekuatan tangan. Siapa badan berat tu, memang susah sikit nak buat aktiviti ni. Siapa yang badan ringan, speed laju jee. Haaa kat sini aku tak berjaya pun buat sampai habis, entah la apasal. Dulu kalau buat time kecik-kecik, lepas je. Aku buat halfway lepas tu terus lompat ke tepi. Hehe. Kalau lompat ke bawah, alamatnya basah jugak la. Ada kes kemalangan kat sini, di mana wirawati from company Charlie jatuh and patah tangan. Maybe by now dia dah okay.
Kitorang bergambar dekat tempat nak buat 'Tarzan Swing'.
Jangan lupa tengok video kat bawah tu nanti, korang tau la. Hehehe.
Tengok tu, ada yang terjatuh. Antara orangnya, aku la. Hehe. Buat apa malu nak bagitahu, ni semua pengalaman kan. Kita kena tau teknik yang betul untuk gayut kat tali tu. Kalau kita failed buat for the first time, kita boleh cuba sampai banyak banyak kali. Sampai la korang dah lepas. Memang best buat aktiviti ni. Risiko untuk basah tu ada la dalam 95%! Hahaha. Untuk sesiapa yang dah lepas buat aktiviti ni, diorang kena tolong sambut kawan-kawan lain yang baru nak buat.
Gambar atas ni nampak macam latihan Komando je kan? Aku pun dah tak ingat apa nama aktiviti ni. Time buat aktiviti ni, kita kena rendah kan badan and kepala supaya tak tersangkut kat wayar-wayar tu. Merangkak je la sampai ke penghujung and this is our last set of Kembara Halangan.

2 klu kt dlm kolam 2 ade buaye kn best...lgy mncbr..hehehe
ReplyDelete