May 10, 2009
Perpisahan Terasing
Khidmat Komuniti Hari Sabtu?
Tengok lah gambar-gambar kat bawah ni, time kitorang tengah bina menara straw tu.
Kembara Halangan
Gambar atas ni pulak, kitorang panggil "Monkey Rack". Kalau tak silap la. Aktiviti ni nak test kita punya kekuatan tangan. Siapa badan berat tu, memang susah sikit nak buat aktiviti ni. Siapa yang badan ringan, speed laju jee. Haaa kat sini aku tak berjaya pun buat sampai habis, entah la apasal. Dulu kalau buat time kecik-kecik, lepas je. Aku buat halfway lepas tu terus lompat ke tepi. Hehe. Kalau lompat ke bawah, alamatnya basah jugak la. Ada kes kemalangan kat sini, di mana wirawati from company Charlie jatuh and patah tangan. Maybe by now dia dah okay.
Kitorang bergambar dekat tempat nak buat 'Tarzan Swing'.
Jangan lupa tengok video kat bawah tu nanti, korang tau la. Hehehe.
Tengok tu, ada yang terjatuh. Antara orangnya, aku la. Hehe. Buat apa malu nak bagitahu, ni semua pengalaman kan. Kita kena tau teknik yang betul untuk gayut kat tali tu. Kalau kita failed buat for the first time, kita boleh cuba sampai banyak banyak kali. Sampai la korang dah lepas. Memang best buat aktiviti ni. Risiko untuk basah tu ada la dalam 95%! Hahaha. Untuk sesiapa yang dah lepas buat aktiviti ni, diorang kena tolong sambut kawan-kawan lain yang baru nak buat.
Gambar atas ni nampak macam latihan Komando je kan? Aku pun dah tak ingat apa nama aktiviti ni. Time buat aktiviti ni, kita kena rendah kan badan and kepala supaya tak tersangkut kat wayar-wayar tu. Merangkak je la sampai ke penghujung and this is our last set of Kembara Halangan.
May 7, 2009
Khidmat Komuniti
Ada jugak budak budak kecik yang nyanyi lagu Wira Wirawati bila nampak kitorang lalu depan kelas diorang. Time rehat, diorang semua datang tengok kitorang buat kerja. Best la, aku dapat main cat on that day. Baju and seluar aku pun penuh dengan bekas cat. Bila dah balik kem apa lagi, hantar dobi je la jawabnya! Memang fun la time ni. Bila waktu dah nak balik, aku tertidur dalam bas, maybe kepenatan kot. Dalam bas pulak ada air cond! Heheh.
Tali Tinggi
May 6, 2009
Navigasi
Time ni (gambar atas), company Wirawati Alpha baru nak bertolak pergi ke entrance gate, nak mulakan aktiviti navigasi ni. Thanks to Mia, dia handle kan kompas, dia la tukang baca bearing. Yang lain lain ni ikut je la, and pastikan takda yang tertinggal kat belakang. Time ni semua nampak happy je, belum masuk ladang lagi. Haaa.
May 4, 2009
Intro
19 Mac 2009 pun tiba, dan aku dengan perasaan excited-nya, terus bangun daripada tidur, breakfast and terus pergi ke Bukit Jalil untuk lapor diri. Memang aku sedih sebab kena tinggalkan family, especially adik-adikku, dan kucing ku, Mega. Tapi apa kan daya, aku kena berkhidmat untuk negara. Haha!
Masa aku naik bas, aku duduk sorang-sorang je. Lagi 10 minit bas dah nak bertolak, ada la seorang perempuan Melayu duduk sebelah aku. First time aku tengok dia, aku kata "Eh macam muka Ekin la." At last, dia jadi kawan baik aku, sampai lah sekarang, Nama dia Izzati.
Bila dah sampai kat kawasan kelapa sawit (dah nak sampai ke kem), aku rasa terkejut jugak sebab kawasan Kem Warisan ni agak ulu la. Kena lalu ladang kelapa sawit, aduhai macam mana lah agaknya rupa kem ni. Bila dah sampai pintu masuk, terus pergi daftar and masuk dorm. Emm agak okay la. Nak kata cozy sangat tu tak lah, tapi memang memadai. Aku ikut flow je, tak kisah pun. So, on the first day kat sana, aku round2 kem dengan Izzati. Kami pergi surau, kiosk, macam macam la. Ye la, baru nak biasakan diri dengan kawasan dalam kem.
Aku under company Alpha. Aaaaa! And dorm aku - BP1A. So, dorm aku, memang budak budak company Alpha aje la. Walau macam mana pun, aku still kawan dengan budak budak company Bravo, Charlie and Delta yang lain. Takkan nak hidup berpuak dalam company je kan. Memang syok dapat dorm mate macam kawan kawan aku. Especially Nadia, Dewi, Emiey, Ekin, Miza, Maya, Aruna, Wai Wai, ehh ramai laa.
Macam biasa lah, on hari weekdays, kitorang pagi2 pukul 6.30 pagi dah kena berbaris, lepas tu ada senaman pagi. Suka hati la korang, nak jogging ke apa ke. Ikut company masing-masing. Kalau dapat jogging padang 2 round, best la. Dapat nyanyi2 lagu company masing-masing. Pengalaman tu memang aku tak dapat lupakan. Biasa nya kalau kat rumah ni aku jogging sorang-sorang je. Tak macam kat dalam kem dulu. Heheh. Lepas tu kami ada kelas, macam macam kelas la. Character Building, Integrasi, and kelas kenegaraan. Time tu la semua pelatih baru nak mix around, jumpa kawan kawan baru dalam kelas. Berkawan la aku dengan pelatih2 from N.Sembilan and Melaka. Setakat aku berada kat sana, memang takda la puak2 negeri ni, kitorang kawan je dengan semua orang. Diorang pun memang open. Kadang-kadang bila borak2 tu rasa macam dah lama je kenal diorang. Kawan-kawan je lah yang kita ada time kat kem tu, so, kita kena jaga hubungan baik kita dengan diorang. Kalau tension, sama sama tension la. Kalau happy, sama sama happy la. Tapi kalau happy sangat pun, duka jawabnya!
Kelas-kelas tu biasanya dari pukul 9 pagi hingga la 12.30 hari. Except for kelas Integrasi, bermula dari 9 pagi hingga 4.30 petang. Uish memang tak mengantuk la pulak duduk dalam kelas tu, belajar pasal kebudayaan and adat resam kaum kaum kat Malaysia. Tapi at last aku enjoy jugak kelas tu. Time kelas Integrasi best la, kitorang takda latihan fizikal petang petang! Takda la kena berpanas! Heheh.
Petang pulak, pukul 2.30 sampai la pukul 4.30, ada latihan fizikal. Macam macam la. Kawad kaki, navigasi, kembara halangan, Tempur Tanpa Senjata, emm apa lagi eh. Time ni la kitorang kena pakai half celoreng atau full loreng. Wah, memang terbakar la kaki pakai boots tu. Nak buat macam mana kan, kkena la jugak ikut arahan. Latihan kawad kaki memang best. Tapi yang buat tak bestnya bila kawan kawan taknak sama sama keluarkan suara "Kiri kanan kiri". Biasanya aku & kawan aku, Maya yang keluarkan suara. Itu pun macam dah nak separuh pengsan. Agaknya budak budak lain tak enjoy ke apa. Taktau la. Aku dengan kawan kawan aku ikut flow je, kalau kena kawad, kawad je la.
Hari minggu la hari yang dinanti2 kan oleh semua orang sebab boleh bangun lambat, tidur sepanjang hari and yang penting, dapat handphone! Mostly budak budak ni tak boleh hidup tanpa handphone. Aku pun tak pernah hidup tanpa handphone, tapi public phone kan ada. Almost everyday aku call family kat rumahh (especially Ibu ku yang tersayang), sekadar nak tanya khabar and bagi diorang update update terkini. On hari Sabtu, biasanya jurulatih suruh kitorang kemas kan dorm. Bersihkan dorm, mop, lap tingkap, sapu sampah. Macam macam la. Aku tak sempat join diorang kemas dorm hari tu sebab aku pergi latihan kayak. Sorry, girls! By the way, terima kasih sebab korang kemaskan area katil aku yang cantik tu. Hehe.

