Khidmat komuniti dijalankan pada setiap hari Rabu. Malangnya, aku berpeluang merasa sekali je la. Pergi buat khidmat komuniti kat SK Tanjung Bidara. Sekolah ni terletak kat kawasan dalam kampung. Time ni baru la wirawati Muslim dapat keluar tengok dunia. Dah sebulan lebih kitorang duduk terperap dalam kem tu. At least wira Muslim ada la jugak keluar naik bas pergi solat Jumaat. Pelatih pelatih agama lain ada jugak pergi kuil, pergi tokong, pergi Church. So, wirawati Muslim je la yang duduk terperap dalam kem. Wah bila dapat naik bas and dapat dengar lagu kat radio, semua jadi jakun lah. Lagi lagi radio tengah play lagu Situasi. Memang fun gila. Kitorang pergi tempat2 ni ikut kelas kenegaraan masing masing. Bukan semua pelatih Kem Warisan pergi ke tempat yang sama. Wah, nanti tak muat la. Kitorang dibahagikan kepada 10 kelas. Aku dapat kelas yang ke-3. Memang best lah classmate aku, sporting je semua. Aku tak sempat nak kenal rapat dengan semua, tapi antara yang best best are Niza, Jamel, Ayub, Ajun, Pojie, Stylva, Ezza, Roy and ramai lagi la. Kitorang punya kerja, kena cat divider jalan kat sekolah, cat pondok pondok kat sekolah. Wira pulak kemaskan kebun kebun kat sekolah tu. Kitorang kena pakai half loreng je, nasib baik. Bila kitorang sampai kat sana, budak budak kecik semua kata "Eh eh askar dah datang!"

Ada jugak budak budak kecik yang nyanyi lagu Wira Wirawati bila nampak kitorang lalu depan kelas diorang. Time rehat, diorang semua datang tengok kitorang buat kerja. Best la, aku dapat main cat on that day. Baju and seluar aku pun penuh dengan bekas cat. Bila dah balik kem apa lagi, hantar dobi je la jawabnya! Memang fun la time ni. Bila waktu dah nak balik, aku tertidur dalam bas, maybe kepenatan kot. Dalam bas pulak ada air cond! Heheh.
Ada kelas kelas kenegaraan lain yang pergi ke rumah Kanak-kanak Down Syndrome, Kolej Komuniti, taman-taman, Balai Bomba, and macam macam lagi lah. Ada yang cikgu kasi pergi cucuk duit kat Agro Bank. Hehe tapi kelas aku takda la, perjalanan kitorang just dari kem pergi ke SK Tanjung Bidara. Balik pun sama macam tu, takda singgah mana mana pun. Lepas je balik from Khidmat Komuniti ni dalam pukul 12 tengahari, petang tu pulak kitorang ada kawad. Adoi, memang tak penat la pulak kan. Tapi aku enjoy je, walaupun aku takda time pertandingan kawad nanti, aku join je company aku berkawad sekali. Panas pun panas la, apa kisah. Ni semua kenangan untuk kitorang bersama.
No comments:
Post a Comment